Daripada lirik mata Waheeda pun Abang Nara dah boleh agak betapa bahagia hidupnya bersama Akhil Hayy sekarang. Lagi beberapa keping gambar terbaru Waheeda dan Akhil Hayy dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Keseronokan seorang gadis bermain di tepi pantai bersama beberapa rakannya bertukar mimpi ngeri apabila menjadi mangsa cabul oleh lelaki tidak dikenali, dalam satu kejadian di Pantai Gong Balai, Merchang, Marang, Rabu lalu.
Kejadian kira-kira jam 7 petang, ketika mangsa, 19, sedang ralit bermain di tepi pantai sehingga tidak menyedari kehadiran seorang lelaki tidak dikenali dari belakang sebelum memegang payudara mangsa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, terkejut dengan perbuatan itu, mangsa menjerit sekuat hati minta tolong.
"Jeritan mangsa itu telah menyebabkan suspek, 19, terus melarikan diri ke dalam semak berhampiran dengan menunggang motosikal. Mangsa yang bengang dengan tindakan tersebut nekad mengejar suspek dengan ditemani rakannya yang ada di situ, namun usaha mereka gagal," katanya.
Namun, tidak lama kemudian mangsa yang masih berada di situ ternampak suspek bersama beberapa lelaki lepak di salah sebuah gerai ikan yang terletak berhampiran lokasi kejadian.
"Mangsa masih tidak puas hati beranikan diri menuju ke arah suspek yang ketika itu sedang bersembang, bagaimanapun kehadiran mangsa bersama rakannya disedari suspek sebelum dia nekad melarikan diri.
"Identiti suspek berjaya diperoleh hasil maklumat lelaki yang berada di situ sebelum mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis berhubung kejadian," tambahnya lagi.
Suspek berjaya ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika disabitkan kesalahan.
Mr. Os kini khabarnya beliau terlantar sakit, mari kita sama-sama berdoa supaya dia cepat sembuh seperti biasa.Semoga dia dapat lagi beraksi dalam dunia lawaknya.
Peminat Scha Alyahya kini mempersoalkan bila Scha dan Awal akan mempunyai anak kedua? Sebab kini anak pertamanya sudah pandai berjalan dan mula bercakap takkan la tak teringin lagi nak menimang cahaya mata
"Saya memang nak sangat kehadiran anak kedua. Tetapi waktu kini kena tunggu dahulu, jika ada rezeki alhamdulillah jika tidak tunggu sahaja sehingga tiba masanya. Sebolehnya waktu Lara membesar ini, saya mahu bersamanya dahulu kerana masih belum puas melihat perkembangannya.Tetapi sama sahaja, jika Lara mempunyai adik, mereka boleh bermain bersama," katanya.
Mayat pelakon lelaki yang dikhuatiri lemas di Air Terjun Lubuk Degong, Kampung Chang, Bidor, ditemui tersangkut di celah batu kira-kira 300 meter dari tempat kejadian, hari ini.
L Keshava Rajan, 25, warga tempatan yang berlakon di selatan India itu, dilaporkan hilang selepas tergelincir dan dihanyutkan arus deras ketika berkelah bersama keluarganya di kawasan air terjun berkenaan, 5.45 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata, 10 pegawai dan anggota menjalankan semula operasi mencari serta menyelamat bersama-sama empat agensi lain termasuk bomba sejak 8 pagi ini.
“Operasi kami ditangguhkan, petang semalam, kerana cuaca gelap,” katanya. Som Sak berkata, mayat mangsa dijumpai pasukan penyelamat, pada 9.30 pagi.
Katanya, dia ditemui terapung dan tersangkut pada batu di tebing sungai dalam jarak 300 meter dari lokasi kejadian.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.
Difahamkan, mangsa yang berasal dari Hutan Melintang, Teluk Intan adalah pelakon Kollywood iaitu gelaran industri perfileman di selatan India.
Filem pertama lakonannya bertajuk ‘Ka Ka Ka Po’ dan bakal ditayangkan, Disember ini.
Dia sepatutnya berlepas ke Chennai, hari ini, bagi membuat persiapan terakhir bersempena majlis pelancaran serta tayangan perdana filemnya.
Sebuah pasangan dirakam melakukan adegan-adegan terlarang di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru pada 14 Oktober lalu menjadi viral di laman sosial.
Yong Cheing Lee, warga Singapura yang datang berkunjung ke pusat beli-belah itu merakam adegan 'tidak sopan' pasangan itu dan memuat naik gambar itu di laman Facebook.
Menurutnya, pasangan itu dilihat bercumbuan secara terbuka tanpa segan silu sungguh pun ramai pengunjung yang lain di pusat beli-belah itu memerhatikan kelakuan tidak senonoh mereka.
Bukan itu saja, pasangan itu juga turut 'beraksi' di sebuah kerusi urut meskipun ada sesetengah pengunjung yang menjerit pada mereka 'Menjijikan!'. Namun kedua-duanya tidak mengendahkan jeritan itu.
"Mereka ni dah hilang akal ke? Kalau ye pun dah membuak sangat nafsu tu, pergilah check in di hotel terdekat. Ini kat public pun nak beraksi," kata Amsyar.
"Mana pengawal Keselamatan KSL City Mall? Takkan tengok saja dua mangkuk ni buat maksiat? Budak-budak Control Room tak pantau ke CCTV?" soal netizen.
Anak muda zaman sekarang dah tak ada maruah diri, bertudung pulak tu. Ibubapa sila lah awasi anak-anak anda agar tidak terjebak dalam gejala sosial yang tidak sihat.