Scha Al-Yahya Idamkan Anak Kembar

Peminat Scha Alyahya kini mempersoalkan bila Scha dan Awal akan mempunyai anak kedua? Sebab kini anak pertamanya sudah pandai berjalan dan mula bercakap takkan la tak teringin lagi nak menimang cahaya mata
"Saya memang nak sangat kehadiran anak kedua. Tetapi waktu kini kena tunggu dahulu, jika ada rezeki alhamdulillah jika tidak tunggu sahaja sehingga tiba masanya. Sebolehnya waktu Lara membesar ini, saya mahu bersamanya dahulu kerana masih belum puas melihat perkembangannya.Tetapi sama sahaja, jika Lara mempunyai adik, mereka boleh bermain bersama," katanya.