MOHON SHARE !!! Mengapa Najib Tak Berani Sentuh Zeti Aziz

Rosmah marah dengan Zeti Aziz kerana kebocoran maklumat tentang wang 2 juta ke dalam akaun peribadi Rosmah. Walau Rosmah pernah mengarah Zeti Aziz agar melakukan sesuatu tentang isu tersebut namun permintaan Rosmah tidak di layan oleh Zeti. Mengapa Zeti berani menolak permintaan seseorang yang diketahui ramai sebagai seorang individu yang lebih berkuasa dari Najib.
Najib sendiri tidak berani melakukan apa-apa terhadap Zeti Aziz. Mengapa Zeti satu-satunya individu yang tidak berani di ganggu oleh Najib.
Krisis kewangan yang berlaku di negara ini pada 1998 bakal berulang jika kerajaan mengganggu Bank Negara dan Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan Bank Negara dan Gabenornya akan diganggu tersebar luas sejak akhir-akhir ini malah Tun Dr Mahathir Mohamad juga sudah dapat menghidu perkara itu.
kemunculan beberapa blog misteri sejurus pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang cuba membangkitkan keraguan terhadap Bank Negara dan Zeti hangat dipromosikan di laman sosial.
"Jika kerajaan melakukan apa-apa yang mencemar dan menimbulkan curiga terhadap Bank Negara dan juga Gabernornya tanpa asas yang kukuh, nilai Ringgit dijangka akan menjunam lebih teruk, dan kemungkinan melepasi paras krisis kewangan 1998.
"Fikir sebelum bertindak. Utamakan kepentingan rakyat dan negara. Apa yang diperlukan waktu ini ialah ketelusan dan siasatan diteruskan tanpa gangguan dan bukannya tindakan membalut kertas dengan api untuk mengembalikan keyakinan pelabur,” katanya dalam kenyataan media.
Pasukan Petugas Khas 1MDB dikatakan menerima banyak gangguan dengan pemecatan Peguam Negara, Tan Sri Abd Gani Patail dan menyiasat serta mengganggu pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).