Detik Cemas Kisah Sebenar Jiran Kerani Sekolah Agama Yang Mati Dibunuh

Tiada siapa pun yang sanggup kehilangan insan tersayang ditambah pula dalam sekelip mata. Kematian yang sungguh tragis!
Lebih memilukan mangsa pergi meninggalkan se0rang anak yang berusia 11 bulan. Bayi yang masih lagi memerlukan perhatian dan penjagaan rapi dari seorang insan yang bergelar ibu.
Sungguh berat ujian yang terpaksa ditanggung buat suami kepada arwah kerani wanita yang dibunuh kejam ini. Namun harus diketahui seberat apapun ujian yang melanda, kita sebagai hambaNya harus redha dengan segala ketentuan Illahi.
"Saya sedih melihat keadaan isteri saya yang dibelasah dan dibunuh dengan kejam, selain keadaan pakaiannya yang tidak terurus. Beberapa bahagian badan arwah ada kesan lebam. Saya percaya arwah isteri cuba mempertahankan diri dan melawan penyerangnya," kata suami mangsa bunuh.
Faris yang berkhidmat sebagai angg0ta tentera di Kem PULADA Ulu Tiram dekat J0h0r Bharu berkata, sebaik saja menerima berita mengenai isterinya dari jiran kelmarin, beliau cuba menghubungi mangsa. Namun tidak panggilan tidak dijawab sebelum memutuskan untuk pulang ke Muar.
Mayat Nurul Shahira ditemui dengan leher dijerut menggunakan tali langsir dengan pakaian tidak terurus di hadapan pintu bilik tidur rumahnya di Taman Setia Kasih, Sungai Terap, kira-kira jam 6 petang kelmarin.
"Apabila melihat tubuh arwah, saya amat terkejut dan sebak. Saya sedih kerana arwah baru sahaja mula bertugas selepas bercuti kira-kira dua minggu akibat demam campak dan keadaannya yang masih lemah," katanya.
"Malah, beberapa barangan seperti gelang emas, telefon bimbit dan dompet juga didapati hilang," katanya ketika ditemui di perkarangan H0spital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) semalam.
Kali terakhir beliau bertemu dengan isterinya ialah Ahad lalu dan sempat bersarapan bersama sebelum pulang ke Kem PULADA kerana bertugas di situ.